Pengesanan Utiliti Bawah Tanah Dan Pemetaan Berdigital

Pengesanan Utiliti Bawah Tanah Dan Pemetaan Berdigital

Pengesanan Utiliti bawah tanah adalah kaedah mengenal pasti jenis dan kedudukan utiliti bawah tanah melalui koordinat ataupun ofset. Utiliti boleh terbahagi kepada ciri- ciri seperti jenis paip, muatan, arah aliran dan sebagainya. Selain itu, syarikat kami menyediakan perkhidmatan untuk menyediakan peta atau pelan bagi menunjukkan maklumat utiliti bawah tanah.

Perkhidmatan ini melibatkan kerja-kerja mengesan utiliti bawah tanah seperti kabel-kabel elektrik & telekomunikasi, paip air dan pembentungan serta penyediaan peta digital untuk kawasan tersebut bagi beberapa tujuan seperti:

  1. Persediaan bagi kerja pengorekan untuk memasang kabel-kabel atau UtilitI baru.

  2. Persediaan bagi kerja-kerja pembaikan bagi kabel-kabel dan utiliti yang sedia ada.

  3. Simpanan pangkalan data (Database) bagi tujuan penyelenggaraan pada masa akan datang.

  4. Perancangan bagi membangunkan kawasan yang terlibat secara lebih teratur dan global.