Ukur Kadaster
Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah atau geran tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum.
Ukur kadaster adalah satu pengukuran tanah yang berkaitan undang undang pemilikan tanah dan sempadan tanah. Segala kerja pengukuran yang terlibat didalam ukur kadaster adalah berdasarkan prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Ukuran Hakmilik atau Ukuran Kadaster termasuk tanah untuk pembangunan, cantuman lot, pecah bahagian juga tukar syarat tanah pertanian dan pembangunan.
Syarikat kami mengendalikan perkhidmatan proses pemilikan tanah, menanda atau menentukan sempadan, mencari luas tanah, pecah bahagian, pecah lot, dan sebagainya.